pesanan penaja kepada adik-adik.

sticky post until 10th July 2009 (entry baru di bawah, harap maklum)

adik-adik, seingat saya, sejak saya berumur 7 tahun lagi, saya telah membelikan Mama birthday present beliau dan menulis card seperti berikut:

"love, akak, abang, adik"

pada waktu itu, saya hanya mendapat 50 sen sehari untuk belanja sekolah, tetapi saya telah mewakili anda semua apabila membeli hadiah Mama.

pada tahun ini, memandangkan saya telah berjaya mendapat pekerjaan yang stabil (alhamdulillah) dan earning 5000 kali ganda 50 sen tersebut, bolehkah jika saya tidak mewakili anda semua lagi?

kerana saya tahu adik-adik sekalian mempunyai duit masing-masing sekarang yang lebih banyak daripada saya :) setelah bertahun-tahun saving dan juga kakak belanja ;p

jika tak setuju, tak mengapa, saya akan tetap mewakili adik-adik, sebab saya kan kakak. lagipun, haritu Babah telah sound apabila saya kasi golf balls kepada beliau dan tulis:

"love, akak" sahaja

beliau kata kesian adik-adik takda duit lagi (dalam hati fikir, iye ke???) ;p

tapi terima kasih kerana talifon beliau pada hari tersebut, beliau amat terharu sampai berkali-kali cerita kepada saya dan Mama. beliau kata beliau tak menang golf pada hari tersebut sebab tak sempat layan anak-anak call.

okay, back to birthday Mama. saya berharap agar adik-adik jangan lupa call beliau okay? dan jika boleh hantar card, lebih bagus. Mama suka snail mail ni dan dia juga suka show off kepada kawan-kawan dia yang kita ingat dia. dia kan Mama, jadi tak apa dia macam tu.

lagipun, dia selalu kata:

"wait until you have your own children. dapat cakap sekejap pon takpe. rindu tau tak"

jadi, saya ingin mendapatkan persetujuan. tahun ini saya beli present dari saya sahaja okay?

tapi card kita masih boleh share.

nurul amira, minggu depan saya rasa saya nak jumpa anda la. saya miss bergaduh sama anda.

ada kursus or anything tak? jum kita keluar tengok transformers? kawan-kawan saya semua dah tengok tapi saya belum tengok.

love, akak.

p.s.: tahun ni Mama tengah suka mandian-mandian dan lotion-lotion. tapi jangan beli body shop okay? dia alergic reaction nanti. tapi dia suka yang macam fusion of floral-fruity. tak tahu apa nak beli lagi. mungkin di Seremban dan Adelaide ada benda lebih menarik. kamu-kamu juga cari-cari if ada anything okay?

Comments

Abg said…
no hal. no complaints here. haha.
Haneesa said…
baiklah. adik nak hanta card rasanya :)

Popular Posts