akibat melawan fitrah tidur apabila penat.

While coffee doesn’t really work in the mornings, it seems to work just fine at night. It’s starting to kick into my system, or maybe it already has. I haven’t been able to sleep. Someone just suggested that I switch this thing off. Maybe I will. Maybe after this.

During the course which I attended from Monday to Wednesday this week, we learnt some things about fitrah.

Manusia dilahirkan bersih. Tetapi, dengan setiap dosa yang manusia lakukan, satu titik hitam terlekat pada kebersihan tersebut. Bila seseorang itu tidak bertaubat maka titik hitam akan bertambah dan semakin lama, bersih tidak lagi bersih, kecuali jika orang tersebut mula bertaubat. Dengan setiap perlakuan taubat, hati menjadi bersih semula, sedikit demi sedikit.

Fitrah manusia memang sangat senang.

Babies la yang paling tak melanggar fitrah. Sakit, nangis. Lapar, minum susu. Sakit perut, berak. Bila dah dewasa, kita pandai melanggar fitrah. Sakit, tahan. Lapar, niat lah puasa terus kerana tak cukup duit nak makan pun. Sakit perut, kentut senyap-senyap dulu pastu tahan berak.

Babies juga menyayangi orang tanpa batas. Kalau awak semua perasan, jika seseorang budak kecil itu tidak dicondition oleh makpak dia untuk membenci seseorang, mereka menyayangi orang lain tanpa mengira colour kulit ataupun colour tudung dan brand baju. Paling banyak pun mereka takkan bercakap dengan kita. Itu pun sebab malu, bukan sebab benci.

Bila kita dah besar, kita pandai tak suka dengan orang. Kita mula untuk memberontak dan membalas dendam terhadap orang yang kita benci.

Semakin besar, semakin pandai kita melanggar fitrah.

Dah tiba masanya kita mula fikirkan kejadian kita dan fikir apa yang patut kita tahan dan apa yang patut kita lakukan. Mungkin dah tiba masanya untuk kurangkan sakit hati bila orang sakitkan hati kita. Sedangkan budak kecil pun tak balas dendam bila kena pukul tapak tangan bila naughty (atau mungkin takda peluang?), inikan kita dah berakal (hampir) sempurna.

Dan mungkin elok juga kita faham bahawa kita tak boleh gagal untuk faham bahawa cinta tidak boleh digenggam, kata Shanon Shah.

Love is not a feeling, it’s an ability. Let’s just love because we can.

Memang takda kena mengena langsung, saya tahu.

Comments

Popular Posts