peringatan.

: in this post, it’s best you just listen to the advice without seeing the face of the adviser.

Semalam saya drive ke kerja bersama mama saya. Okay, sebenarnya setiap hari pon saya drive juga sama dia. Tapi semalam, masa balik dari kerja, saya nampak sesuatu yang agak menjengkelkan. Saya kurang pasti sama ada nak cerita atau tidak sebenarnya tetapi, saya rasa eloklah jika saya bangkitkan hal ni. Lagipun, bukan saya aibkan sesiapa secara spesifik.

Di dalam sebuah Myvi, saya nampak sepasang couple sedang berpeluk. Saya rasa mereka sudah berkahwin. Okay, wait. Mengikut instinct saya yang agak hebat ni, saya pasti mereka sudah berkahwin. Mungkin juga sangat, sangat, SANGAT baru berkahwin.

Si perempuan sedang bersandar di bahu lelaki. Okay, fair enough, tak ada apa yang nak sakit hati pon. Tapi, lama-lama, dia semakin menjadi-jadi. Dari rearview mirror saya, saya boleh nampak yang dia dah mula mendakap suami dia dengan sangat horror sampai saya tak sedar saya ternganga.

Okay… kepala si perempuan hilang sekali sekala. Saya dah umur 24 tahun; saya punya otak tak la sebersih mana. Saya pasti saya ternganga lagi masa ni. Pastu, dia terus bersandar lagi, sekali peluk lagi dengan kedua belah tangan macam anak beruk peluk mak punya leher.

Yang anehnya, si lelaki melayan pula. I mean, I know guys hardly resist these things. You give the fish worms, the fish will eat worms. Simple, kan?

Tapi, saya rasa jika lelaki tu sound isteri dia pon tak apa juga. Have some pride la brother. Orang tengok wife dia pon dah hilang respect sebab macam perempuan clingy yang tak ada batas. Memang bila dah sah dah boleh buat apa saja. Memang itu la tujuan nak kahwin pon. Untuk halalkan yang sebelumnya haram.

Tapi, saya rasa batas-batas dan norma-norma masyarakat perlu dihormati tak kisah apa pon status kita.

Kepada perempuan, sila la behave. Jangan la blowjob, handjob atau apa-apa job dalam kereta. Bincang la Berita Harian, NST atau Thestar. Kan ke lebih sopan dan berguna begitu. Walaupun kita dikurniakan nafsu sampai 9, diharap bersabar. Keep all the affections behind closed doors. Buat apa nak show semorang birdie suami?

Kepada si lelaki, saya pasti anda sangat sayang dengan bini itu. Itu la sebab kahwin bukan? Kalau tak cukup sayang, mungkin tak sampai ke jinjang pelamin. Tapi, kalau dah sampai ke tahap itu sayangnya, something is wrong. Very wrong. Awak pon ada nafsu 1 tak dapat dikawal, tapi saya pasti awak taknak orang tengok birdie awak. Saya juga pasti awak tak suka jika orang kata wife awak bukan-bukan.

Kepada yang belum kahwin tu, lagilah. Kalau dah tak tahan sangat, hold hands cukup, okay? Whatever happens behind closed doors pula adalah antara Allah dan kita.

Makanya, semua yang baik itu dari Allah dan yang tak elok itu dari saya sendiri.

Sila ambil perhatian. Sekian, terima kasih.

Comments

abduls said…
hahahaha. dia sewa umah ramai ramai la.

kat umah takleh buat.

nak book hotel pon tak mampu.

conessco
Haneesa said…
apoapo aje la theori kamu si abduls... haih laaa..
thecuriousmind said…
free screening of soft porn! What the hell were they trying to do? Grabbing the headline for Harian Metro? "Aksi panas di siang hari?"
I onced drove trailing a car whose driver and the passenger beside him were making out...sambill driving!!! Road hogging and making out, what a multi-tasker.
Haneesa said…
hahahah. i think that's exactly what they were trying to do kot! ntahla. i personally feel like it's embarrassing to go and display affection so publicly and openly, even if we were married. ...

and mmg la multi-tasker mamau dear! sangat-sangat! esp if orang tu bawak kereta manual. super hebat. aahaha

Popular Posts