mengapa?

Lama rasanya tak menulis dalam Bahasa Malaysia. Tiba-tiba, bila dah habis menulis Memori di Adelaide, rasa nak menulis tentang sesuatu yang lain. Sesuatu yang saya kira agak serius.

Mengapa.

Saya selalu tanya mengapa begitu, mengapa begini? Mengapa apabila kita di tanah orang, kita reti berbudi bahasa. Kita sabar menunggu lampu bertukar kepada hijau sebelum melintas, kita akan declare barang-barang yang perlu declare, kita akan menegur mere strangers di jalanan dan tak berasa kekok untuk melempar senyuman kepada sesiapa sahaja. Kita sabar menunggu di dalam barisan. Dan mengapa mereka menyambut kita dengan teramat mesra hinggakan pabila ditipu pun tidak terasa panasnya.

Mengapa ini tidak berlaku di bumi sendiri?

Kebanyakan masa, alasan yang diberi ialah: itu bukan budaya kita. Benar, tetapi bukankah sesuatu perkara akan bertukar menjadi budaya jika ramai orang melakukannya? Dan apa salahnya menjadi orang yang memulakan sesuatu yang baik?

Sukar benarkah untuk senyum kepada orang yang sampai dari perantauan? Sukarkah untuk menyambut tetamu dari luar negara dengan teguran dan muka yang manis? Sukar benarkah untuk memperkasakan diri dengan ilmu pengetahuan yang lebih luas supaya apabila ditanya tentang sesuatu, jawapan yang intellectual dan dihormati yang akan keluar dari mulut kita? Perlukah terlalu serius walaupun menjalankan tanggungjawab yang berat?

Perlukah?

Saya benar-benar ingin memahami ada apa dengan Malaysians yang membuatkan kita amat well-behaved di negara orang, bak anjing yang diberi dadah tetapi terus menjadi penyangak di negara sendiri seolah-olah kita adalah orang yang paling besar dan hebat di dunia ini walaupun hakikatnya, tidak.

Semuanya tak masuk akal.

Kita beriya-iya mengutuk si penjajah Barat. Kita mencaci budaya kuning mereka dan menyuruh anak muda kita supaya tidak terikut-ikut. Saya tak nafikan bahawa perkara itu memang benar. Memang mereka memakai pakaian yang seperti tak cukup kain. Memang mereka mempunyai tatu di setiap pelosok badan. Mereka minum minuman keras dan cakap “fuck” sekerap orang Islam memberi salam. Tetapi, cuba tanya sesuatu kepada mamat/minah tersebut dan anda akan dilayan dan diberi jawapan yang intellectual sehingga kita malu dengan diri sendiri kerana stereotype orang bertatu dan seksi sebagai bodoh dan jahat.

Ada perkara yang mereka lakukan yang perlu kita jadikan iktibar. Kita perlu berhenti melihat apa yang kita mahu sahaja. Kita perlu berhenti menyatakan bahawa terdapat negara yang jauh lebih teruk dari kita. Kerana jika kita terus menerus memberikan alasan, 52 tahun merdeka sekalipun, kita tidak akan pergi jauh kehadapan.

Pasti ada sebab mengapa kita telah menjadi satu masyarakat yang sebegini teruk rupanya. Sedih sekali saya masih tidak mengetahui apakah ia?

Comments

Anonymous said…
sebab kalau buat perangai kat bumi sendiri usually tak akan jadi apa2.. comfortable nak buat perangai..

tempat org kene behave..sebab tak familiar..

bende yg familiar kite ambil kesempatan.. tipikal.
Haneesa said…
yeap, you're right. i just wished we weren't like that. pasti ada cara untuk mengubah cara sedia ada.

Popular Posts