not good.

Semakin dekat nak pergi cuti, semakin malas. Semakin malas, semakin banyak kerja yang datang. Semakin banyak kerja datang, semakin banyak perkara yang membuatkan saya benci. Contoh? Tak perlu lah cerita. Kadang-kadang rasa macam kan best kalau boleh cakap sesuka hati. Apakan daya, biar pecah di perut, jangan pecah di mulut. Ke something to that effect. Sekarang mesti orang tak percaya bahawa suatu masa dahulu saya pernah dapat Anugerah Bahasa. Haha.

Selain berdoa, apa lagi yang boleh kita buat kalau kita betul-betul tak sukakan seseorang? Ini perkara yang tak dapat dibendung dan bukan dibuat-buat secara sengaja untuk menambah pening yang tak perlu. Susah kan kalau tak suka orang ni sebab in the end, benda tu agak memakan diri sendiri jugak. Paling pelik ialah saya sedar hakikat tu, tapi sibuk jugak nak tak suka tak suka orang orang ni. Eh, letih tahu tak.

Saya dah cuba sehabis baik untuk tak rasa macam ni. Dan biasanya, bila takda pilihan (bila tak boleh nak let our heart out kepada orang tersebut), kita perlu mengelak orang tersebut sehabis mungkin. Jangan gatal-gatal nak pergi jumpa lah, apa lah. Kesimpulannya, jangan cari pasal tak tentu pasal lah.

Tapi apakan daya? Saya tak berjaya mengawal amarah mahupun benci. Membuak-buak macam rupa mentos masuk dalam coke. Yes, that bad.

Cepat, apa rahsia untuk bendung benda-benda tak senonoh macam ni?

Kalau tengok pun menyampah.
Dengar suara rasa nak muntah.
Tsk, letih lah.
Eh, pantun empat rangkai sudah.

Comments

Popular Posts