September 03, 2009

Doa.

Ya Allah, semoga kau panjangkan umur ibu bapa kami, umur kami dan umur semua orang yang beriman. Semoga kau makbulkan doa kami semua. Semoga kau buka pintu rezeki kami dan berikan kami rezeki yang halal dan baik. Semoga kau lembutkan hati kami untuk menerima kebaikan. Semoga kau tabahkan hati kami untuk menerima dugaan. Semoga kau panjangkan jodoh kami dan kurniakan kami zuriat yang baik. Semoga yang baik itu menjadi milik kami.


Ya Allah berkatilah doa kami dan makbulkanlah semua yang baik.
Amin.

No comments: