persoalan.

Soalan: Kenapa nak kahwin tapi seperti tak stress? 
Soalan saya: Kenapa nak kahwin kena stress?

x

Amboi, over kan? Tak blog beberapa hari tiba-tiba muncul tanya soalan macam ni.

Tapi, seriously. Kenapa saya seorang bride-to-be tapi saya appear as if saya tak stressed out, apart from the things I blog very openly about, of course.

Sebab, from even before I decided to get married, I already knew that majlis itu bukan segalanya. Tapi perkahwinan itu memang sampai bila-bila. Of course, dengan izin Allah.

Tapi mestilah saya pun stress sebenarnya. Mesti. Apa-apa berkaitan kahwin; be it majlis atau marriage, pasti ada stress pointnya tersendiri. Be it kamu ada budget kecik, atau budget besar atau limitless budget, pasti ada stress, walaupun sedikit. Tapi, apa yang penting? Bukan kerjasama (walaupun tak kurang pentingnya)... Yang penting, kita fahami dan telan serta terima hakikat bahawa stress itu adalah lumrah.

Dan bila dah lumrah, masalah takkan hilang sekalipun blog sampai muntah darah.

Jadi, apa yang terbaik untuk dilakukan ialah tarik nafas dalam-dalam dan doa banyak-banyak. Haruslah sambil tu berusaha dengan giat (bukan liat) untuk cari yang terbaik within our means. Duduk diam dan berdoa tanpa apa-apa usaha bukan tawakkal namanya ye?

x

Saya suka baca blog B-2-B lain. Suka. Tapi adakalanya, saya kurang setuju dengan cara penyampaian mereka tentang masalah-masalah yang mereka hadapi. Lagi-lagi kalau masalah tersebut melibatkan orang yang dekat/rapat dengan mereka. Paling teruk ialah mengutuk ipar duai, future in-laws and worst still, ibu bapa sendiri. Astaghfirullah. Bila terbaca perkara macam ni, saya sering terkesima.

Saya punya masalah pun tak kurang hebatnya daripada kamu, kamu dan kamu, tapi rasanya taklah sampai tahap nak mencaci secara spesifik dalam blog kan. Believe me, some things that I blog about are about very specific people around me, tapi tak sampai hati saya untuk menamakan walaupun hati saya sakit tak terkata.

Bukanlah nak cakap bila saya sakit hati saya makan hati seorang diri. Of course bila sakit, kawan-kawan macam Mamita dan Jaja akan dapat panggilan/tangisan bertalu-talu tak henti-henti dalam sehari leading to seminggu. Tapi that's okay (also to them both, I hope) sebab saya trust them enough to know that those stories will NEVER LEAK. Tak akan. Mereka (+the rest of the Kesayangans, of course) ni memang kawan sampai mati, insyaAllah.

x

So, bagi saya, kalau perlu sangat untuk meluah perasaan, lagi-lagi kalau melibatkan orang yang spesifik, tolonglah, sama ada camouflage sikit identity dan jangan guna perkataan kurang sopan yang boleh buat mata orang terjojol, atau paling baik, diam-diamkan saja dalam bentuk penulisan. Cari kawan yang boleh dipercayai yang tak akan pergi jual dalam blog dia pula dan haaa silakan... tangiskan puas-puas.

Lagipun, saya rasa macam menulis tentang stress tersebut (tak kisahlah dengan orang atau vendor atau bunga atau kerusi atau pelamin) membuatkan stress tersebut menjadi semakin immortal. Because once kita tulis, dan ada orang baca, delete seratus kali sekalipun, words have passed bukan? Tak guna kalau menyesal dan tarik balik pun. Saya tahu, that sometimes kita tulis tu sebagai peringatan kepada diri sendiri bahawa that long B-2-B checklist tu masih banyak yang merah dan at that point in time, kita frust sebab tak dapat nak selesaikan masalah tu, lagi-lagi sebab orang lain dan bukan disebabkan kesalahan kita sendiri.

Tapi... entahlah. Kadang-kadang cara kita menulis tu yang tak berapa nak semenggah rupanya. Cuba jangan terlalu stress bunga apa, baju apa, ini apa, itu apa. Theme colour satu lagi. Ramai orang yang rigid sangat sampai stress nak mati kalau tak dapat that colour and that colour only untuk majlis tu. Memang boleh mati lah kalau tak dapat. Haa, sampai macam tu sekali. Relax! Take a chill pill! Memang kahwin sekali saja. Memang kita nak buat paling baik sebaik-baiknya untuk majlis itu. Tapi, like I said, majlis bukan segalanya.

Tak perlu sampai hati sangat untuk mencaci dengan open. Bukan itu caranya. Lagi-lagi kebanyakan B-2-B blogs adalah Muslimah bertudung bagai belaka. Dan blog masing-masing Googleable. Believe you me. I have been specific in my entries before walaupun bukan tentang kahwin. That was years ago. Lepas tu, Allah saja lah yang tahu betapa menyesalnya saya bila baca balik when everything has cooled down. Memang tak berbaloi cacian bertubi-tubi tu. Rasa malu untuk baca my own bad words.

Jadi, macam mana stress pun, saya harap lepas ni, sesiapa yang membaca blog post ini akan muhasabah diri masing-masing. Of course, post ini buat peringatan saya sendiri juga. Memang blog dikatakan private realm yang mana masing-masing akan cakap, "Ikut suka hati akulah nak cakap apa.". Saya setuju. Kita semua berhak menyuarakan pendapat.

Tapi, bila orang tak dikenali seperti saya membaca blog anda, anda dan anda pun boleh rasa, "Eih, minah ni boleh pulak dia kutuk iparduai family in-law makpak sendiri Ya Allah sampainya hati?", apa lagi perasaan orang yang dikenali (lagi-lagi kalau terkena batang hidung sendiri).

Tak kisahlah kalau itu memang niat anda untuk buat dia terasa sangat, tapi bagi saya, bila dah kutuk dengan open sebegitu, you're the lower person. Even lower than the person yang kamu kutuk.

Blog memang tempat untuk meluah perasaan dan berkongsi pendapat. Tapi bagi saya, penggunaan bahasa yang betul dan ceritera yang nak dipaparkan haruslah yang bersesuaian dan bukan sewenang-wenangnya hanya untuk meraih pendapat(an) dan juga komen serta hits.

Sopan santun sikit.

And just like anda, anda dan anda. Saya juga ada pendapat saya sendiri dan ini adalah cara saya menyampaikannya.

Sekian. Yang baik itu datang daripada Allah. Yang buruk itu daripada saya sendiri.

Shy to comment? Well, never mind! Your reactions mean the world to me! Make me smile today :)

Comments

Popular Posts