September 12, 2008

ole-ole

setiap hari aku pergi ke suatu tempat. dan setiap hari lebih banyak tempat yang aku lawat. teruja tak ingat dunia sebab cantik yang amat sampai tak terkata. kadang-kadang rasa macam taknak je buat kerja. nak duduk lama-lama kat tempat tu.

dahlah pergi semua tempat tu free belaka. tak payah bayar apa nak sampai. nak balik pon free sebenarnya. tapi kalau pegi melawat tak beli ole-ole serupa tak payah pergi betul tak.

saya rasa ada dalam 30 tempat dah saya pegi so far. tapi satu tempat pon saya tak beli ole-ole. kalau orang baca mesti rasa saya ni sengkek, kedekut dan sebagainya. dah kerja pon taknak belikan apape.

masalahnya, bila saya mula beli apape, mulalah nak lagi. itu ini itu. padahal nanti bukan guna sangat pon. baiklah saya simpan duit, ye tak.

tapi harini rasa geram pulak. dah sampai, hampir beli tapi masih tak beli. sekarang saya dah macm taknak balik. sebelum balik saya mesti nak merasa beli ole-ole.

tapi lepas ni macam mana.

macam mana ni online boutique oi. once I pop I cannot stop.

so kalau saya mula je click click click beli nanti nak lagi. dah la tak perasan itu wang keluar.

cis.

nasib la maybank takde duit.

haih…

tapi masih rasa nak beli..

kata setiap hari buat lawatan.

2 comments:

Hanim Hani said...

kakak, i faham sgt=) once u buy something, u cant stop!! better jangan=)

kakak said...

itu la kan. that's why la i decided not to buy anything yet. tapi resistance dah sangat low now niiii...
haiyooo