asabiyah itu jahiliah. faham?
Sesungguhnya semangat asabiyah yang tidak dapat dikawal itulah yang telah menyebabkan kejatuhan masyarakat pada masa lampau. Sesungguhnya, mereka itulah yang jahil. Sekurang-kurangnya, pada zaman itu memang terdapat satu golongan yang maha jahil, jadi dalam erti kata kita, justified lah kejahilan itu. Tetapi, zaman sekarang ni pon ada orang yang jahil? Sekarang ni pon ada lagi orang yang bersemangat asabiyah yang melampau sehingga tidak terfikir apa perasaan orang lain bila mereka berkumpul satu kumpulan begitu dan menampakkan jurang yang tidak perlu ada pon sebenarnya.
Semua orang perlu ada semangat berkumpulan. Itu tidak dapat dinafikan lagi. Semua orang perlu belajar untuk bekerjasama dengan orang lain di dalam sesuatu kumpulan dan ini boleh dilakukan dengan berpegang kepada semangat setiakawan.
Akan tetapi, jika dah hingga melampaui batas-batas normal yang boleh diterima akal, tak ke buruk perangai tu? Dahlah semangat tak tentu pasal. Semangat tak apa lagi. Ini, semangat sampai melukakan hati orang lain. Semangat tak berpada sehingga cakap tentang perkara yang tak perlu dinyatakan pon. Semangat berkumpulan sehingga tidak boleh dan tidak MAHU bekerjasama dengan orang lain. Kalau macam itu, sila pergi ke sebuah pulau yang terpencil dan duduklah di sana sesama sendiri. Mungkin anda semua akan jadi lebih gembira begitu. Orang lain pon tak sakit hati.
Kadang-kadang saya rasa kesian kepada mereka yang tidak ada semangat asabiyah yang terlalu kuat, yang cuba juga untuk berbaik-baik dengan kaum lain di sekitar kawasan mereka. Apakan daya, nila setitik, rosak susu sebelanga. Tak boleh nak buat apa jika orang dah stereotype kumpulan itu dengan memberikan sesuatu gelaran atau pandangan yang fixed yang payah untuk diubah.
Dah lah tu asabiyah, sakitkan hati orang, sekarang saya dapat tahu tak mengenang budi pulak. Dah lah kamu tu buat palat dengan orang lain. Pun begitu, orang lain tetap sabar dan terus membantu bila apa-apa bantuan diperlukan oleh mereka. Dah orang tolong tu, tolong la senyap-senyap. Perlu ke nak mengutuk sana, mengutuk sini. Ni lagi satu; ni jer la aktiviti mereka Nampak gayanya. Mereka sentiasa mengutuk orang lain. Asyik-asyik kutuk. Benda kecik pon nak kutuk. Jadi macam mana lah orang lain tak marah dengan kamu orang. Asabiyah melampau, sakitkan hati orang, tak mengenang budi, what next? Tak puas hati lagi ke?
Memang tak dinafikan yang pandai semuanya datang dari kumpulan itu. Memang. Hebat mereka. Dalam pada mengutuk, mereka bekerja keras. Itu saya memang respect. Tapi kalau dah perangai buruk, hati asyik dengki nak mengutuk, semua nak marah-marah, tak puas hati, taknak bekerjasama dengan orang lain dari kaum sendiri, apalah gunanya kepandaian itu? Cuba katakan? Apalah gunanya kalau dikurniakan akal yang bijak tetapi pada masa yang sama tak menjaga hubungan sesame manusia.
Kalau ikutkan banyak lagi nak tulis. Pasal memang dah lama simpan. Hari ini, apa yang berlaku ialah, satu perkara telah datang ke pengetahuan saya dan itu yang telah menjadi “the straw that breaks the camel’s back”. In addition to perangai mereka seperti dinyatakan di atas, mereka juga kurang hormat pada orang lain. Bila orang lain buat palat, kerja diorang kutuk. Bila diorg buat palat tak apa agaknya?
Sudah. Saya taknak marah lagi. Letih hati ni nak dipujuk. Semuorang berperangai semakin teruk di penghujung semester ini sehingga tidak boleh diterima akal. Saya harap mereka realise bahawa asabiyah itulah yang telah menjadikan sesuatu masyarakat itu jahiliah. Jadi, hentikanlah. Berpada-pada sikit. Menang itu bukan segalanya. Pandai itu bukan segalanya. Segalanya tak ada guna jika siapa pon tak suka.
Comments