hak dan tanggungjawab.

Setiap hak itu datang bersama tanggungjawab.
Bukan diberi sewenang-wenangnya.

Lelaki diberi lebih kuasa kerana tanggungjawabnya yang besar.
Bukan diberi lebih supaya dapat menambah cawangan. Tolong lah gunakan 2:1 dengan sebaik-baiknya untuk mempertahankan hak saudara-saudara wanita kamu.

Lelaki itu pemberatnya, memang berat. Keluarga lelaki memang mempunyai hak yang besar dalam apa keadaan sekalipun. Tidak akan disangkal.
Tapi, kenapa kebanyakan orang lebih rapat dengan keluarga perempuan?

Kenapa lelaki makin lama makin tak bertanggungjawab? Dah kahwin tapi main mata di luar sana? Wife langsung tiada exclusivity.

Kenapa lelaki semakin lama semakin TIDAK take their responsibilities seriously? Kenapa buat selekeh and tak peduli dengan saudara perempuan masing-masing? Tak perlu pergi jauh-jauh la. Pasal pakaian pergi kenduri saudara perempuan kamu je pun dah cukup untuk menjadi contoh.

Tak kelakar wei pergi kenduri saudara perempuan kau pakai jeans dengan t-shirt. Lagi-lagi kalau itu satu majlis pernikahan. TAK KELAKAR LANGSUNG. Apatah lagi cool. Kamu ingat cool ke? Ingatlah. Dalam list-list yang layak menjadi wali, kau salah seorang daripada yang tersenarai. Kau pergi kenduri saudara perempuan, patut dalam keadaan paling bersedia. Patut kalau semua yang layak menjadi wali tu hadir semasa majlis, kaulah yang duduk dekat barisan hadapan. Dalam keadaan paling bersedia. Ajal maut itu semua kuasa Allah, wei.

Kalau wali rupa macam rockstar dengan jeans dengan t-shirt, aku yang malu dengan tok imam wei. Kalau pun kau sendiri tak ada pride untuk jaga penampilan sendiri.

Senang bukan contoh tu? Contoh pakaian pun orang lelaki dah ambil ringan?

Why, men, why? Why do you always say that you are not given any rights, unlike wanita? Why do you always argue that you are entitled to all the things because hukum syarak says so, but do nothing in your life to prove that you deserve that hak. Sometimes, kau yang paling tak menjaga solat. Tapi ada hati nak kahwin dengan orang lain and nak bimbing dia pulak? Bimbing dia ke mana?

Ingat! Kuasa dan hak itu bukan datang berguling kepada kau tu SEMATA-MATA sebab kau tu lelaki. Dia datang kerana kau kena buktikan kau punya tanggungjawab sebab ia memang lebih berat dari hak dan kuasa kau itu.

Sekian, terima kasih. Sila makan cili. Dan sila rasa pedas.




Shy to comment? Well, never mind! Your reactions mean the world to me! Make me smile today :)

Comments

Popular Posts