ikan bakar, ikan goreng.

Secara amnya, ikan adalah antara sumber makanan yang paling berkhasiat untuk dimakan. Akan tetapi, khasiat ikan dan kiraan kalori berubah-ubah bergantung kepada cara ia dimasak dan disediakan. 

Jadi, kalau lunch tadi kita dua-dua makan ikan tapi aku makin gemuk dan kau makin slim, berkemungkinan besar kau makan ikan bakar (80 kalori) dan aku makan ikan goreng (111 kalori).

Aku mungkin tanya kau, kenapa kau kurus padahal kita makan benda yang sama. Tapi aku malas nak ambil tahu kiraan ikan goreng dan bila aku dah tahu pun, aku cakap, "hek elek, beza 30 kalori je pun!"

Padahal, kalau nak bakar 111 kalori tadi, aku kena jogging 13 minit (lebih kurang 1 batu atau 1.6 k.m). 

Bila aku dah tahu macam-macam kebaikan pasal ikan bakar, aku tetap nak cuba tegakkan juga fakta bahawa ikan goreng yang aku suka tu lah yang paling baik. 

Antaranya, bila kita goreng ikan, semua tulang, sisip, sisik sekalipun jadi rangup, maka tak perlu kita susah-susah nak kuis ikan tu cari tulang bila nak makan. 

Lagi satu, bila kita boleh makan semua bahagian, dah tentu tak ada pembaziran, kan?

Tak cukup dengan itu, aku cuba burukkan ikan bakar pula- 

Sudahlah lambat nak masak, kos penyediaan tinggi pula; kena balut dengan daun pisang lah, sediakan air asam lah. Lepas tu nak makan kena sibuk kuis-kuis tulang. Kalau sedap tak apa jugak! Dan lagi satu, ikan bakar mahal, okay! Ikan goreng aku berapa sen je, tapi kau? Lunch tadi kau kena bayar berapa?

Sedang sibuk aku kutuk ikan bakar kau, tiba-tiba aku berhenti. 

Kau pun heran, jadi kau mendongak nak pandang aku (tadi kau tunduk je dan aku suka hati sebab rasa macam raja di dunia). Nasib baik kau baik hati pandang kat aku sebab rupanya, ada tulang ikan tersekat kat tekak. Iye, aku yang makan ikan goreng tadi ni punya tekak. 

Kau pun bagi aku air walaupun tadi, aku tak berhenti memekak-mekak. 

Hakikatnya, ikan memang elok untuk kita tapi hakikatnya juga, sesiapa yang makan ikan memang akan ada kemungkinan tercekik tulang. 

Kau goreng ke, kau bakar ke, blend buat laksa johor (330 kalori) ke, kau tetap akan tercekik kalau tak hati-hati bila nak makan.

Dan kalau kau betul-betul pandai, kau akan tahu yang post ini bukan semata-mata pasal ikan dan kalori dalam makanan. 



Comments

Cik Iman said…
Asal dapat makan ikan kan~

Popular Posts