kebebalan yang tak terbendung.

Ada hari-hari yang pastinya aku rasa macam ni.

Iye, ini; perasaan yang aku tak pasti apa namanya tapi yang aku pasti, dia buat aku rasa kosong. 

Seolah-olah tak ada apa dalam dunia ni dah yang boleh nak tolong. 

Kadang-kadang aku fikir juga, apa lah masalah aku ni sebenarnya. 

Aku rasa aku dah ada hampir semua benda yang semua orang hendak belaka tapi tetap hati tu terfikir-fikir apa lagi yang mungkin tak cukup. Mungkin je pun...

Padahal... Haih lah hati.

xxx
Sebenarnya 5, 6 ayat kat atas ni aku tulis minggu lepas, pada hari yang sama. Tapi aku simpan je sebab suka pendam perasaan lah katakan. Bahahaha. 

Tapi dalam pada aku pendam tu, aku memang kaji satu persatu keadaan hidup aku sekarang untuk cari apa pangkal masalah aku ni sebenarnya. ...

Aku betul-betul bingung dengan keadaan sendiri sebab terasa suatu kebebalan yang tak terbendung. Duduk diam rasa bebal, buat kerja rasa bebal... ada semacam satu mental block yang tak tergapai dek kata-kata.

Suami? Jauh sekali.

Anak? Juga tidak. 

Solat? Aku tak berani tak buat. 

Kerja? Aku kerah tenaga dari lapan ke lima.

Jadi, apa masalah aku sebenarnya?

And surprise, surprise...

Bila aku tengok balik jadual seharian... memang ada satu benda yang aku tertinggal atas macam-macam alasan. 

Iaitu? Al-Mathurat. 

xxx

Aku ni jauh sekali daripada alim orangnya. Pakai tudung pun baru-baru ni aja. Bab aurat, kadang-kadang aku pun termasuk dalam golongan "balut, bukan tutup". Hijab tu jauh sekali. Solat tu aku memang cuba jaga walaupun kadang-kadang ada yang terkandas juga... dan untuk complement ibadat aku yang tak seberapa, aku memang cuba baca Al-Mathurat setiap hari. Sebab katanya, walaupun ayatnya ada sikit, tapi banyak hikmat. 

Ada one point dulu dalam hidup aku, aku baca doa-doa tu pagi petang siang malam sebab masa tu tak busy sangat. Haa... tapi di situlah silap aku yang PALING besar. 

Bila dah busy, dah dapat kepercayaan orang lain, dah dapat tanggungjawab untuk handle benda-benda yang masa junior dulu mimpi je lah nak mimpi pun... aku lupa yang  bahawasanya semua kesenangan hati, kepercayaan dan tanggungjawab yang aku dapat tu sebab Allah makbulkan doa aku supaya diberikan rezeki yang baik;

bahawa itulah rezeki aku yang aku minta dan pohon kepada Allah melalui doa-doa aku masa baca Al-Mathurat pagi petang siang malam dulu. 

xxx
 Aku memang selalu macam ni kan?

Orang Melayu kata apa? Sudah terhantuk baru tengadah?

Tapi okaylah, aku tengadah lah juga dan come out of this dengan rasa insaf yang tak terbendung pula dan aku sedar bahawa memang aku ni kerdil benar, sebenarnya.

Thank you Allah, for this reminder. 

xxx

Again, aku ni memang jauh dari alim orangnya tapi bila sendiri teringat, naklah juga mengingat.

Selagi belum kiamat, moh le kita bertaubat.

Okay? Salam hari Jumaat. 




Comments

Popular Posts