November 02, 2012

Just saying.


Bila lelaki dah kahwin dan dia nampak tak terurus, sebagai contoh: baju berkedut, seluar tak bergosok, rambut tidak disikat rapi, seluar dalam koyak dan singelet lunyai, pasti ada mulut-mulut yang kata, “Kesiannya dia. Wife dia tak jaga.”

Tapi, kalau perempuan yang dah kahwin keluar dengan baju berkedut, seluar tak bergosok, tudung senget-senget, panties koyak dan bra rupa tak semenggah (menyebabkan buah pun rupa tak berapa semenggah), tambah pulak dengan muntah anak lekat kat baju, mulut yang sama juga akan kata, “Ish dia ni, dah kahwin terus tak reti nak jaga diri.”

Kenapa kalau lelaki berkahwin tak terurus salah wife dia dan perempuan dah kahwin tak terurus pun salah wife juga?

Dan biasanya yang komen tu mesti perempuan belum kahwin atau dah kahwin tapi belum ada anak.

Fikir-fikirkan lah.
Just saying.




Shy to comment? Well, never mind! Your reactions mean the world to me! Make me smile today :)

No comments: